Monday, July 13, 2009

Lagu Sambal Belacan

Tgh surfing surfing terjumpa lak lagu sambal belacan ni. Layan je la.


Thursday, May 28, 2009

Keputusan Analisis Sambal Belacan


Hari ini kami telah dapat Keputusan Analisis kandungan nutrisi Sambal Belacan Khayra daripada MARDI yang kami hantar sample pada 2/3/09. Dari segi labelling dah boleh letak kandungan nutrisi pada Sambal Belacan Khayra. So our next step will be more proactive marketing. Yeeaaa....

Tuesday, May 26, 2009

Trade Mark

Jenama Khayra telah di Trade Mark. Tunggu Registered dalam masa 3 tahun. Itupun jika tiada masalah atau ada pihak yang claim jenama Khayra nih dia yang punya. Harap sumernye O.K.

Friday, May 15, 2009

Sambal Belacan Khayra


Selamat datang ke website Sambal Belacan Khayra. Hari ini hari pertama saya create blog ni dan hari pon dah petang so inilah dia Sambal Belacan Khayra.

Pengenalan:
Sambal Belacan Khayra baru sahaja di hasilkan dan dipasarkan. Dengan modal yang kecil ianya dihasilkan di rumah sahaja. Dibantu oleh ahli keluarga saya yang tersayang.

Resepi:

Sambal Belacan Khayra di tidak mempunya bahan tiruan atau bahan pengawet. Bahan-bahan Sambal Belacan Khayra adalah terdiri daripada Cili, Belacan, Cuka, Gula dan Garam berserta perahan air limau. Formulasi yg dicipta adalah sungguh menepati citarasa masyarakat Malaysia.

Pasaran:
Kami baru sahaja cuba memasuki pasaran dengan memperkenalkan kepada saudara mara serta rakan taulan yang terdekat. Berdasarkan "feedback" positif yang diberi oleh mereka maka kami dengan "confident"nya meneruskan usaha ini. Kami berusaha untuk memperkenalkan Sambal Belacan Khayra ini ke mata dunia. Kejayaan ini hanya akan dicapai sekiranya masyarakat umumnya di Malaysia memberi sokongan dan terus menggunakan Sambal Belacan Khayra sebagai hidangan wajib pada setiap hidangan yang bersesuaian. Kalau ada kenduri kendara pekena Sambal Belacan Khayra ni mesti meriah.

Situasi Semasa:
Sambal Belacan Khayra masih baru dan tidak mempunyai pasaran yang besar lagi. Kami mengharapkan ada peniaga peniaga di luar sana ingin cuba menjual Sambal Belacan Khayra ini. Disamping itu kami cuba untuk mendapatkan kilang supaya dapat mengeluarkan Sambal Belacan Khayra ini dalam suasana yang sesuai serasi dengan kehendak pasaran.

Spesificasi Produk:
Berat Kandungan: 220g
Berat Bersih (dengan botol): 400g
Tarikh Luput: 4 Bulan selepas di proses. Sebulan selepas dibuka.
Simpanan: Simpan di tempat dingin / sejuk. (Peti Sejuk)

Harga:
Harga Pasaran (1 - 23 Botol): RM 7.00/botol
Harga Peruncit (24 - 59 Botol): RM 6.00/botol
Harga Borong (60 Botol ke atas): RM 5.00/botol

* Kos Penghantaran Ditanggung Oleh Pembeli.

Kepada kawan kawan, sedara mara atau sesiapa yang ingin mencuba atau berminat untuk menjadi pengedar sila hubungi saya:
Sabri:- h/p: 019-6606644
e-mail: sub_ace8@yahoo.com